Search This Blog

Thursday 6 June 2013

Selamat Menyambut Isra Mikraj 1434 Hijrah



Selamat Menyambut Isra Mikraj 1434 Hijrah 

Pertamanya diucapkan kesyukuran ke hadrat Allah yang memberikan kita peluang menarik nafas menghirup nikmat hidup dalam iman dan percaya kepada Tuhan di negara yang kami sayang dan aman ini.

Nikmat ini membolehkan kita meraikan sebuah peristiwa yang sangat penting di dalam kalendar agama kita di mana peristiwa ini detik permulaan ibadat solat kepada umat.

Detik ini jika tiada berlalu meniti tinta sejarah sudah pasti akan menjadikan hidup kita kosong dari tiang agama bernama solat.

Kepentingan solat sangat hebat sehingga dikira sebagai tiang yang mana boleh runtuh agama kita jika tiang gagal ditegakkan!

Ada orang tidak sedar perkara ini lalu mereka mengambil mudah kewajipan yang berat ini kecuali kepada mereka yang khusyuk di dalam mendirikan solat.

Khusyuk syarat utama solat diterima. Jika gagal dicapai maka tiadalah berguna dahi yang hitam atau janggut yang panjang.

Kerana tanpa bimbingan guru mursyid nescaya mana mampu hati hadir di saat berdiri di hadapan Robbul Jalil.

Selamat meraikan Isra Dan Mikraj dan pastikan 'roh' kita terbang ke langit bertemu Allah ketika menunaikan solat dan dapat 'melihat' Nabi Muhammad ketika melafazkan salam ke atas Nabi Muhammad saw semasa tahiyat.

Salam Isra Mikraj kepada sekalian muslimin dan muslimat.


Artikel ditulis semasa melalui jalan jem di Jalan Tun Razak menuju Highway Maju Express pulang ke rumah.

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. Salam ustaz,
    Apakah hukumnya jika menggunakan duit yg tidak berkat (contoh pekerjaan yg tidak diberkatiNya) dan membelanjakannya ke jln yg baik contoh bersedekah atau membuat kenduri tahlil dan sebagainya. Niat si pemberi adalah sgt ikhlas. Jika untuk tahlil, adakah akan membuatkan roh arwah terseksa?
    Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz,
    Apakah hukumnya menggunakan duit yg tidak berkat ( contoh pekerjaan yg tidak diberkatiNya ) dan membelanjakannya ke jln yg baik contoh bersedekah atau membuat kenduri tahlil dan sebagainya. Niat si pemberi adalah sgt ikhlas. Adakah seperti tahlil akan membuatkan roh arwah terseksa?
    Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete