Search This Blog

Tuesday, 14 February 2017

RM33,000 sejam, 100 mahu belajar Quran atas jet mewah (VIDEO) |Malay Mail Online

RM33,000 sejam, 100 mahu belajar Quran atas jet mewah (VIDEO) | Berita | ProjekMMO | Mobile | Malay Mail Online

RM33,000 sejam, 100 mahu belajar Quran atas jet mewah (VIDEO)

Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah di atas jet mewah dalam satu foto bagi mempromosi pakej mengaji RM33,000 sejam bersamanya. — Foto ihsan Elite JetsQariah popular Sharifah Khasif Fadzillah di atas jet mewah dalam satu foto bagi mempromosi pakej mengaji RM33,000 sejam bersamanya. — Foto ihsan Elite JetsKUALA LUMPUR, 14 Feb — Sejak dihebahkan Khamis lalu, pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara.

Menegaskan harga sedemikian sepadan dengan perkhidmatan, pengarah syarikat Elite Jets menafikan penganjur menggunakan agama untuk perniagaannya.

"Sekarang tengah dapatkan maklum balas, memang menggalakkan. Saya dapat maklumat lebih 50 ke 100 orang yang ingin sertai. Orang negatif ramai, seolah-olah macam hendak jual agama.

"Daripada kami berikan perkhidmatan pada orang kaya bawa perempuan simpanan dan arak semua itu, kenapa tidak kami bawa pendekatan secara Islamik. Mana yang anda hendak?

"Orang kaya-kaya hendak akhirat juga, tidaklah biar dunia semata-mata, bukan?

Selalu apabila dengar orang kaya-kaya ini, semua negatif pasal Islam.

"Jadi kita martabatkanlah [program agama]," kata Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.

Syarikat yang beroperasi sejak lapan tahun itu menawarkan pakej mengaji bersama pemenang qariah tilawah al-Quran Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite JetsQariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite Jets

Mahu menampilkan penerbangan unik, Nik Elena berkata beliau memang mensasarkan golongan kenamaan dan orang penting (VVIP) dari Malaysia, Arab Saudi dan Brunei.

"Kami rasa kenapa tidak buat kelainan, mereka datang ke negara guna jet peribadi dan pada masa sama ustazah [Sharifah] mengajar atas penerbangan.

"Tidak semestinya ke Dubai. Kalau hendak ke Indonesia dalam dua jam boleh juga. Kalau ke Dubai, tujuh jam pergi dan tujuh jam balik, dalam 14 jam [semuanya], jadi darablah dengan US$7,500.

"Tetapi ia [pakej] bergantung pada kapal terbang juga. Ada kapal kami yang lebih murah. Jadi harga berbeza-beza, bergantung kepada tempat duduk," katanya, yang mempunyai 30 jet peribadi.

Sementara itu, pengurus qariah popular itu Haryati Mohd Tahar berkata kelas pertama dijangka bermula Mei ini.

"Kita cuba mulakan rombongan sebelum Ramadan ini, mungkin bulan Mei ini tengok pada kekosongan jet nanti.

"Mula-mula akan berlepas jam pertama untuk sesi perkenalan dan jam kedua ada kelas. Aktiviti makan dan sebagainya. Selepas itu ustazah akan beri tazkirah mengenai Quran," katanya, menjelaskan aktiviti dalam pakej tersebut, kepada ProjekMMO.

Haryati bagaimanapun menegaskan kelas mengaji yang dikendalikan Sharifah Khasif tidak hanya untuk kenamaan sebaliknya ada juga kelas-kelas pengajian untuk golongan kebanyakan.

"Mereka nampak kelas jet peribadi sahaja. Sebenarnya kita ada kelas untuk golongan yang tidak kemampuan.

"Golongan sederhana ada yuran tertentu dan yang berkemampuan seperti kerabat diraja [yurannya berbeza].

"Kelas biasa ada di masjid di Ampang, sudah dua tahun. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya lagi.

Hari ini, mStar Online melaporkan kelas tersebut menawarkan pakej mengaji memilih ke destinasi luar negara termasuk China atau Australia.

Pelajar boleh merasai pengalaman belajar al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta).

Sebuah video hampir 16 minit yang dimuatkan di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas di dalam pesawat jenis Falcon 2000.

Video tersebut mendapat 180,000 tontonan dan lebih 4,000 perkongsian di Facebook.

Sent from my iPhone

Monday, 13 February 2017

Tegar kembali derita, pulang ke kampung tanpa wang | Semasa | Berita Harian


Tegar kembali derita, pulang ke kampung tanpa wang

Keratan akhbar BH 19 Februari 2015.

JAKARTA: Penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian (gambar) kini hidup susah semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan, selepas dilapor menjadi mangsa penipuan.

Tegar sebelum ini pernah ditipu pengurus lamanya dan sekali lagi menjadi mangsa pengurusnya baru yang hanya dikenali sebagai 'A'.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://bit.ly/139AFKl


http://www.bharian.com.my/node/35845?m=1


Sent from my iPhone

Sunday, 12 February 2017

Johor Sultan asks cops to stop investigation over alleged Facebook insult - Nation | The Star Online

Johor Sultan asks cops to stop investigation over alleged Facebook insult - Nation | The Star Online

Johor Sultan asks cops to stop investigation over alleged Facebook insult

JOHOR BARU: Johor's Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (pic) has directed the police to stop investigations over the case of a man who allegedly insulted state royalty via a video posted on Facebook.

State police chief Comm Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddim Mohd said Sultan Ibrahim had decreed that his son, Johor Crown Prince Tunku Ismail, did not want to prolong the case.

"We are deeply touched by His Highness's decree," he said in a press statement released here on Sunday.

Comm Wan Ahmad added police investigations found that the suspect had been manipulated by certain quarters when he posted the video.

He advised the public to refrain from making offensive videos and false statements which could destabilise the peace and harmony in the country or humiliate others.


Sent from my iPhone

Saturday, 11 February 2017

Ubat Hati Di saat Ujian Kehidupan



1. Semua orang akan diuji oleh Allah Taala. Manusia mengaku beriman akan diuji keimanannya.

2. Semakin tinggi ujian semakin tinggi kedudukan di sisi Allah Taala. Baru dapat sampai martabat Wali Allah.

3. Ujian kesenangan berbeza dengan ujian kesusahan. Hingga disebut dalam hadis betapa bahaya ujian kesenangan ini.

4. Ramai manusia gagal ujian kesenangan hidup, kekuasaan pemerintahan dan wanita rupawan.

5. Manusia taraf Nabi atau Wali juga diuji dan lebih hebat ujian yang mereka tempuhi.

6. Bila kita diuji lihatlah hikmah di sebalik ujian.

7. Jika diuji kesempitan wang anggaplah Allah mahu kita banyakkan masa dengan keluarga dan ibadah.

8. Jika diuji kenderaan kita mampu jenis harga yang murah anggaplah Allah mahu elak hati kita tercalit kesombongan dengan manusia jika memiliki kereta yang besar.

9. Jika diuji bil astro atau Unifi dipotong siarannya atau P1  & YES 4G dihentikan perkhidmatannya anggaplah Allah mahu kita elak maksiat mata dan telinga di internet.

10. Jika diuji tidak disayangi boss anggaplah Allah tidak mahu kita lupakan Dia atau leka dengan manusia.

11. Jika diuji dengan kerenah isteri dan anak maka anggaplah ujian ini untuk mengukuhkan rasa kehambaan kepada Allah agar tidak leka dengan mereka yang dipinjamkan kepada kita.

Ujian tanda Allah sayang bukan tanda dimurkai-Nya. Kecuali kepada manusia yang sengaja menentang Allah dan melarang manusia menuju kepadaNya.


Tulisan Ust MZO

Sent from my iPhone

Friday, 10 February 2017

Zahid Nafi Ada Peletakan Jawatan Menteri, Nama Anifah Disebut



KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan ada menteri kanan meletak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di sini malam tadi sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas kapasitinya selaku menteri.

"Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba membohongi rakyat terhadap (melalui) berita yang tidak benar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Menurut Ahmad Zahid, malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program UMNO Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.

Timbalan Perdana Menteri itu juga menjangkakan lebih banyak pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.

-- BERNAMA