Search This Blog

Wednesday 22 May 2013

Soal Jawab : Tapak tangan di atas kain telekung ketika sujud

Tapak tangan di atas kain telekung ketika sujud

Assalamualaikum ustaz,
Sahkah solat jika tapak tangan berlapikkan telekung yang dipakai ketika sujud?

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Solat anda adalah sah. Ini ialah kerana sekurang-kurang sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud berdasar hadis nabi saw bahawa baginda telah bersabda:

إذا سجدت فمكن جبهتك ولا تنقر نقرا (رواه ابن حبان في صحيحه

Maksudnya: Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju. (riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya).

Hadis ini menjadi hujah kepada ulama mazhab Shafie bahawa sekurang-kurang sujud adalah meletakkan dahi di tempat sujud.

Mengikut Syeikh Muhamad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam kitabnya مطلع البدرين ومجمع البحرين "dan sekurang-kurangnya (sujud itu) mengenai setengah dahinya akan tempat sujudnya dan wajib dibukakan dahinya jangan ada berlapik". Perkara yang sama disebut di dalam kitab الإقناع dan kitab al-Fiqh al-Muyassar.

Disamping dahi, ulama khilaf tentang kewajiban anggota-anggota lain. Yang sahih dalam mazhab Shafie' adalah wajib berdasar hadis riwayat Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw menyuruh sujud di atas tujuh anggota; iaitulah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kakinya.

Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar; Yang diambil kira ialah meletakkan dua tapak tangan dan perut jari kedua-dua kaki walaupun sebahagian sahaja. Tidak mengapa dan tidak batal solat meletakkan dua tapak tangan ke atas kain telekung semasa sujud. Yang mesti dijaga ialah pastikan kain telekung tidak menghalang dahi dari mengenai tempat sujud.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Syeikh Muhamad Syarbini al-Khatib, Al-Iqna'.
2) Ahmad Isa 'Asyur, al-Fiqh al-Muyassar.
3) Pelbagai.

Disediakn oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS  

http://muis.ismaweb.net/2010/05/tapak-tangan-di-atas-kain-telekung-ketika-sujud/


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment