Search This Blog

Sunday 1 December 2013

10 TESTIMONI PELAPIK TILAM BIO VELOCITY HAI-O

Testimoni 1 : Sakit Pinggang, sukar tidur malam



Testimoni 2: Kencing manis


Testimoni 3 : Darah tinggi dan kencing manis


Testimoni 4 : Jaundice @ Demam kuning

Testimoni 5 : Breast Cancer



Testimoni 6 : Darah tinggi


Testimoni 7 : Gout


Testimoni 8 : Kencing manis, darah tinggi, kolestrol


Testimoni 9 : Strok minor


Testimoni 10 : Buah pinggang, sakit sendi, 
kencing manis, darah tinggi 


FREE DEMO disediakan.. !! Kesan seawal 10 saat.. 


Sumber dari blog :



Sent from my iPhone

Tuesday 22 October 2013

33 Makanan Paling Berkhasiat Di Dunia

Assalamualaikum

segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat baginda.

saya ingin sampaikan pada tuan puan yang dikasihi tentang makanan yang elok bagi kesihatan manusia yang saya temui infonya di blog hikmatun.wordpress.com …..

mungkin pemakanan inilah antara makanan yang selalu diamalkan oleh orang-orang Yahudi yang menjadikan mereka sangat pintar.

Allah telah menyuruh kita memakan makanan yang baik-baik (كلوا من طيبات) sekaligus meminta agar makanan terbaik menjadi hidangan hambaNya.

Panduan di bawah boleh menjadi panduan untuk memilih makanan yang berkhasiat untuk diri dan keluarga kita.

Paling penting jadikan garam buluh atau garam bukit sebagai permulaan makan sekadar dicicah jari kelingking seperti Sunnah Nabi saw.

Info garam ini boleh dilayari di blog saya ustazzulman.blogspot.com.

Ia juga boleh ditabur sedikit pada buah-buahan untuk mengelak kesan kimia yang diguna semasa menghasilkan buah elak dimakan serangga dan ulat.

Bacalah dan sebarkan info ini


33 Makanan yang paling sihat di dunia

Adakah mungkin untuk hidup sehingga 125 atau mungkin 150 tahun? Ini jelas suatu kemungkinan, seperti yang dibahas dalam rancangan Oprah Winfrey suatu ketika dahulu berkenaan usia lanjut. "Dia mengunjungi saya di ladang saya untuk belajar bagaimana, pada usia 86 tahun, saya sedang menikmati kesihatan yang kuat, tenaga, dan kreativiti mental seseorang berpuluh-puluh tahun lebih muda. Rahsia saya: jumlah besar buah-buahan dan sayuran, ditambah satu jam latihan sehari-hari", kata David H. Murdock

"Tiada pil, bahkan aspirin, dan tentu saja tidak ada suplemen yang pernah masuk mulut saya – semua yang saya perlukan berasal dari diet ikan-sayuran, yang menggabungkan pelbagai jenis 30-40 buah dan sayuran setiap minggu. Walaupun saya Ketua dan Pemilik Dole Food Company, saya lakukan sendiri sebahagian besar dari perbelanjaan membeli makanan, dan bahkan membawa Oprah dalam perjalanan secara mendadak ke Costco, dalam satu hari yang termasuklah berbasikal, bersenam di gym, dan membuat jus sayuran di dapur."

Makanan-makanan yang paling sihat di dunia

01.Nenas
Mempercepatkan proses pembedahan
Mempertingkatkan kesihatan sendi tulang
Mengurangkan radang asma

02.Anggur biru
Memelihara tahap antioksidan
Mengundurkan kemerosotan otak yang berkaitan dengan umur
Mencegah jangkitan saluran pembuangan najis

03.Bayam
Membantu mengekalkan ketajaman mental
Mengurangkan risiko kanser pada hati, ovari, kolon dan prostat
Kepadatan bahan gizi yang teratas

04.Lada loceng merah
Mengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat, ovari dan serviks.
Melindungi dari bakaran matahari
Mempertingkatkan kesihatan jantung

05.Broccoli
Mengurangkan keburukan kencing manis
Merendahkan risiko prostat, bladder, kolon, penyakit pankreas, gastrik dan kanser buah dada
Melindungi otak dari kejadian kecederaan

06.Tomato
Mengurangkan keradangan
Merendahkan risiko berkembangnya kanser esophageal, perut, colorectal, dan paru-paru.
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

07.Epal
Menyokong imunisasi badan
Melawan kanser paru-paru dan prostat
Merendahkan risiko Alzheimer

08.Artichoke
Membantu pembekuan darah
Makanan anti-oksidan
Merendahkan kolestrol

09.Arugula
Merendahkan risiko kecacatan ketika lahir
Merendahkan risiko keretakan tulang
Melindungi kesihatan mata

10.Asparagus
Memelihara bakteria yang bagus
Mengelakkan kecacatan ketika lahir
Meningkatkan kesihatan jantung

11.Avokado
Membataskan kerosakan hati
Mengurangkan risiko kanser mulut
Merendahkan tahap kolestrol

12.Blackberry
Membina kepadatan tulang
Menahan selera makan
Meningkatkan pembakaran lemak

13.Butternut Squash
Membantu penglihatan waktu malam
Memerangi kedutan pada kulit
Meningkatkan kesihatan jantung

14.Cantaloupe
Membantu imunisasi
Melindungi kulit dari sunburn
Mengurangkan keradangan

15.Lobak merah
Antioksidan mempertahankan DNA
Melawan katarak
Melindungi dari beberapa jenis kanser

16.Cauliflower / Bunga kobis
Mendorong pembuangan toksin
Menekan pembesaran sel kanser buah dada
Melindungi dari kanser prostat

17.Cherry
Meringankan kesakitan athritik dan gout
Merendahkan kolestrol
Mengurangkan keradangan

18.Cranberry
Meringankan kesakitan prostat
Melawan sel kanser paru-paru, kolon, dan leukemia.
Mencegah jangkitan tempat pembuangan najis dan saluran kencing

19.Kobis hijau
Meningkatkan pembekuan darah yang sihatP
Mengurangkan risiko kanser prostat, kolon, buah dada dan ovari.
Aktifkan sistem pembuangan toksin alamiah badan.

20.Kale / Sayuran hijau seperti kangkung dan bayam
Melawan estrogen merbahaya yang membiakkan kanser
Melindungi mata dari kerosakan akibat matahari dan katarak
Menambahkan kepadatan tulang

21.Kiwi
Melawan kedutan pada kulit
Mengurangkan risiko gumpalan darah beku dan gumpalan lemak dalam darah
Melawan sembelit

22.Mango / Mangga
Menyokong imunisasi
Merendahkan kolestrol
Mengatur homocysteine untuk melindungi arteri

23.Cendawan
Meningkatkan pembuangan toksin secara alamiah
Mengurangkan risiko kanser kolon dan prostat
Merendahkan tekanan darah

24.Oren
Mengurangkan tahap kolestrol yang teruk
Merendahkan risiko kanser mulut, tekak, buah dada, perut dan leukemia semasa kecil
Pektin menindaskan selera makan

25.Betik
Membantu pencernaan enzim
Mengurangkan risiko kanser paru-paru
Meningkatkan pembakaran lemak

26.Plum & Prune
Melawan sembelit
Antioksidan melindungi dari kerosakan DNA
Melindungi kehilangan tulang akibat post-menopause

27.Pomegranate / Buah delima
Meningkatkan perlindungan sunscreen
Merendahkan kolestrol
Melawan kanser prostat

28.Pumpkin / Labu
Melindungi sendi tulang dari polyarthritis
Merendahkan risiko kanser prostat dan paru-paru
Mengurangkan keradangan

29.Raspberry
Menghalang pembesaran kanser mulut, buah dada, kolon dan prostat
Perlindungan antioksidan terhadap DNA
Merendahkan tahap kolestrol yang tidak diingini

30.Strawberry
Melindungi dari Alzheimer
Mengurangkan kolestrol yang tidak diingini
Menindas pembesaran kanser kolon, prostat dan mulut

31.Sweet Potato / Ubi kentang manis / Ubi steler
Mengurangkan risiko strok
Merendahkan risiko kanser
Melindungi dari kebutaan

32.Tembikai
Menyokong kesuburan lelaki
Mengurangkan risiko beberapa kanser prostat, ovari, serviks, mulut dan pharyngeal (rongga tenggorok)
Melindungi kulit dari sunburn

33.Pisang
Menambahkan pembakaran lemak
Merendahkan risiko kanser colorectal dan buah pinggang, leukemia
Mengurangkan simptom-simptom asma bagi kanak-kanak

Sumber dari tulisan David H. Murdock, Pengerusi Dole Food Company, Inc.



Sent from my iPhone

Cara Nabi Muhammad Makan


Print Friendly

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: "… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…" (Surah al-A'raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah 'lapar itu ubat'.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut 'perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit'. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!"

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

"Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

"Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

"Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!"

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: "Saya tidak makan sambil bersandar."

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

"Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir."

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca 'basmalah' (membaca Bismillah) dan mengucapkan 'hamdalah' (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

"Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya."

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya."









Sent from my iPhone

Thursday 17 October 2013

‘Allah’ Issue: The Christians Dilemma


It is just mind-boggling to see how Christians in Malaysia showing their tantrums over the name of the Muslim's God.   And all the while, we thought that Islam is their greatest enemy where they even mock the name of 'Allah' in many occasions already.  Their followers would actually insult the name of 'Allah' on their social network just because they like to see the Muslims get angry over it. 


However, at the same time, the Christians are also insisting to use the same name for their God in Malaysia.  The fact that they would make this their ultimate fight and is willing to go to court for it, is simply an over-reaction, even fishy and crazy.  

Their reasons are that it has been practiced elsewhere by other religions and that they need to use the name to preach theBumiputeras in Sabah and Sarawak.   In a much simplerexplaination, their argument is that, the name 'Allah' is taken as a noun or a word, not a proper name of God for the Arabic speaking societies.  

I would say, never mind what the Arabs are practicing because Malaysia is not an Arab speaking country.  What is more important to note is that the world has the understanding that 'Allah' is an exclusive name, a proper name of One and Only God, worshipped by the Muslims.   

Ever since there was Christianity, the Christians all over the world have no problem spreading their religion without using the word 'Allah' when referring to their God.  All the while, it was just 'Father' or 'Lord' or even 'Jehovah' or 'Yahweh' and there was also, 'Abba', but never 'Allah' for the Christians.   


But somehow, the Christians in Malaysia found that these names or reference have to be changed according to the place and time.  And so, there is an urgency and necessity to change the name of the Christian's God in Malaysia, to suit the name of the most commonly practiced religion here, that is, Islam.   


What these Priests, or the churches or the devout Christians here failed to explain to us and the court is that, how would using the same God's name with other religion's God would serve their religion better? 

Now that the court has decided to favour the Muslims, would the Christian followers have problems practicing Christianity?  Would their prayers not be answered?  Would they be living in sins?  If this wouldn't affect their faith, then why all the tantrums and the madness? 


In fact, wouldn't it be confusing?  What if some of the followers actually thought that they are practicing Islam and not Christians? 

Or, perhaps, this is just what the Christians plan to do. 


Therefore, the next question goes:  How does falling into the trick would get anybody into the Christian's heaven?  How does lying and confusing people over the religion would get any preachers into the Christian's heaven? 

We can see now that the Christians are always in dilemma.  Remember that it's only until the 4thcentury AD that they finally developed the concept of Trinity.   And then, from there onwards, the Bible has been going through many changes because the Christians can't seem to be settled for what their previous scholars had come out with.  


Just like when they claimed that every human are the same but yet they have different churches for every 'colour'.  And now, the Christians are not even sure of their God's name. 


By insisting on using 'Allah's' name for their God, the Christians must be having doubts about their trinity concept.  'Allah' in Arabic may be a compound word from the article, 'al, and ilah, divinity, and signifies "the god" par excellence.   

But the notion of 'Allah' in Arabic theology is substantially the same as that of God among the Jews, and also among the ancient Christians, with the exception of the Trinity concept behold by the modern Christians This, is clearly stated in the Koran: "Say God, is one God, the eternal God, he begetteth not, neither is he begotten and there is not any one like unto him." 

And, "God has not taken to Himself any son, nor is there any god with Him: For then each god would have taken of that which he created and some of them would have risen up over others." (23:91)

If the Christians accepts this, then they must have betrayed their own belief of Jesus being the son of God and that God exists in trinity. 

 


Bahan diterima melalui email.

Sent from my iPhone

Saturday 5 October 2013

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Dengan Tilam Bio Velocity Hai-O

Berikut gambar Pendakwah terkenal Tuan Guru Dr Haron Din dengan produk Bio Velocity Hai-O

Tilam hasil kajian 20 tahun dan dari Jerman.

Setakat ini ramai sudah mendapat khasiat tilam BV yang ajaib ini.

Lihat gambar di bawah

TERBARU ANAK SAUDARA SAYA SEMBUH ASMA / LELAH BELIAU SELEPAS SETENGAH JAM DIBUNGKUS TILAM INI.

Sebelum ini beliau sering sakit dada sesak nafas dan sakit badan selepas main bola.

ANDA BERMINAT? 

Hubungi saya Zulnun  0133816678 untuk maklumat lanjut.

Saturday 28 September 2013

Kelebihan Garam Disebut Hadis Nabi saw Ubat Lebih 330 Penyakit

Siapa berminat hubungi saya Zulnun 013-3816778

SEMOGA KITA DAPAT BANTU SAUDARA YANG DALAM DERITA PENYAKIT INSYA ALLAH.

Sunday 22 September 2013

Berita Harian: Kemiskinan Tegar difilemkan



Umpama bait lirik lagunya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, begitulah realiti kehidupannya yang tidak seindah kanak-kanak seusia.

Ketika kanak-kanak lain riang menjalani kehidupan bersekolah dan bermain sesama rakan, segala-galanya berbeza bagi si cilik berusia 12 tahun ini. Sisa hidupnya selama sembilan tahun diabdikan dengan mencari rezeki demi menyara keluarga.

Gelaran pengamen atau penyanyi jalanan sudah digalas Tegar Septian sejak berusia tujuh tahun lagi. Berbekalkan Ukulele yang dibeli hasil kerja kerasnya sebagai pengamen, alat muzik itu menjadi teman mencari rezeki di jalanan.

Tidak pernah minta hidupnya demikian, apatah lagi keinginan untuk bersekolah masih menebal dalam diri. Tetapi, si kecil ini nekad tidak bergantung harap kepada orang lain.

Niatnya cukup mulia, mencari sesuap nasi untuk ibu dan tiga adiknya. Biarpun susah, dia berusaha memperbaiki kehidupan keluarga. Siapa sangka, berkat kecekalannya, Tegar mencetus fenomena dalam industri seni Indonesia.

Tidak menduga hidupnya akan berubah sekelip mata selepas bertemu operator telekomunikasi, Alfas Hermansyah yang kebetulan menyaksikan telatah si kecil ini bersama Ukulele berkeliaran di sekitar kota Subang, Jawa Barat, Indonesia, setahun lalu.

Pertemuan singkat itu membawa penyanyi yang dianggap bersuara unik ini ke syarikat rakaman, Harpa Records. Dalam tempoh setengah tahun, namanya menjadi bualan bukan saja di seluruh Indonesia, malah bakatnya disebut-sebut di Malaysia.

Tak sedar aksi dimuat naik di Youtube

Daripada tinggal di sebuah rumah setinggan yang keluasannya hanya 4 x 6 meter, Tegar kini tersenyum kerana sudah memiliki rumah sendiri di Subang. Tegar juga sudah membeli motosikal sendiri.

Video Tegar yang dimuat naik ke laman Youtube sejak Mei tahun lalu, sudah mencecah lapan juta tontonan.

"Kalau saya mengamen, biasanya dapat 60,000 ke 100,000 Rupiah sehari. Saya juga pernah pulang ke rumah dengan tangan kosong. Hasil itu akan saya belanjakan untuk keluarga dan ada ketikanya bersama teman di kafe siber untuk bermain game.

"Dijadikan cerita, ada orang yang rakam dan memuat naik video saya ke Youtube. Dalam tempoh sebulan, sudah ada sejuta tontonan. Saya tidak minta video saya dimuat naik, tetapi, syukur Alhamdulilah, berkat kesungguhan saya untuk menjadi penyanyi dan orang kaya, akhirnya dimakbulkan.

"Lagu ini (Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang) asalnya milik Ratna Koin. Tetapi kerana liriknya tidak sesuai dengan saya, jadi diubah oleh Wawan J," katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KemiskinanTegardifilemkan/m/mArticle


Sent from my iPhone

Saturday 21 September 2013

Kebaikan Garam Buluh Hai-O untuk Ubat Penyakit-penyakit Kronik Seperti Kanser, Strok, Lemah Jantung, Prostat,Senggugut dll

Assalamualaikum wrt wbt dan selamat pagi.

Saya ingin mengambil sedikit masa tuan puan yang dihormati untuk mengenali produk untuk memulihkan kesihatan Bamboo Salt (garam bukuh) yang sangat bagus ini.

Kadang kala kita mencari ubat untuk memulih atau menambah kesihatan namun tidak menemui yang sesuai atau berkesan untuk diri.

Maka saya sangat berbahagia jika usaha kecil saya memperkenalkan produk ini dapat membantu tuan puan dan keluarga yang menderita diuji Allah dengan berbagai jenis penyakit.

Dari dahulu lagi kita mengetahui garam banyak khasiatnya. Ia bersifat alkali dan mampu menawar segala jenis racun dan penyakit.

Namun garam buatan yang ada hari ini menjadi punca darah tinggi kerana kandungan di dalamnya tidak sama dengan garam semulajadi seperti garam bukit atau garam buluh yang dihasilkan dengan proses sangat lama ini.

Saya sangat berharap dapat membantu sesiapa mengalami masalah kesihatan dengan produk garam buluh ini. Garam semulajadi sangat baik untuk kesihatan kita Insya Allah.

Juga boleh dimasukkan dalam masakan seharian untuk meningkatkan tahap kesihatan seisi keluarga..

Hubungi saya di talian 0133816678
jika ada sesiapa mahu hadiahkan garam buluh ini kepada sahabat, saudara, ibubapa yang sedang mengalami kesakitan akibat pengakit kronik seperti strok, gaut, gastrik, kolestrol tinggi dll.

Cara menggunakannya sangat mudah dengan hanya melarutkan di dalam air dan meminumnya selepas mencampurkan sedikit jus buah seperti Sunquick, Ribena untuk mendapatkan rasa lebih sedap.

Semoga Allah memberi kesihatan yang sangat baik kepada kita hasil dari kurniaan Allah dari garam buluh ini agar ia dapat memudahkan kita melakukan ibadat kepadaNya.

Hai-O Diiktiraf Kerajaan Malaysia Bantu Lahirkan Usahawan Wanita






Terima anugerah CSR Perdana Menteri kategori Pembangunan Aspirasi Wanita

HAI-O Marketing Sdn Bhd menerima Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita sebagai mengiktiraf sumbangan syarikat dalam memupuk dan mendidik usahawan wanita di Malaysia.

Pada majlis penganugerahan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ini dibahagikan kepada sembilan kategori untuk penilaian terdiri daripada kategori Pendidikan, Persekitaran, Budaya Tradisional, Perkhidmatan Sosial, Tanggungjawab Sosial Korporat / Amalan-amalan Tempat Kerja Terbaik, Pembangunan Aspirasi Wanita, Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat-syarikat Kecil, Anugerah Khas Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri Osman S Cassim; Pengarah Eksekutif Kumpulan Hai-O, Tan Keng Song; Pengurus Besar Hai-O Marketing, Jym Ow dan Pengurus Besar Hai-O Enterprise, Tan Kee Hock.

Hai-O Marketing adalah finalis bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita di mana anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat yang membantu kaum wanita yang teraniaya serta syarikat yang mempertingkatkan keadaan sosial dan kualiti hidup wanita.

Tan Kai Hee berkata, ini adalah kali pertama Hai-O mengambil bahagian dalam Anugerah CSR Perdana Menteri dan Hai-O Marketing terpilih dari 80 buah syarikat yang mengambil bahagian serta menjadi finalis bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita.
"Saya gembira kerana ini adalah satu pengiktirafan dan galakan yang amat besar kepada syarikat Hai-O sekali gus memberi dorongan kepada kami untuk membantu lebih ramai usahawan wanita yang bernaung di bawah Hai-O untuk meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata, menerusi penyertaan dalam anugerah CSR kali ini, Hai-O Marketing memperoleh pengalaman yang berharga. 

"Saya berharap pada tahun-tahun akan datang, kami dapat membuat persediaan dengan lebih baik agar memperoleh anugerah yang lebih besar. Sudah tentunya tujuan utama kami menyertai aktiviti ini adalah sebagai daya dorongan untuk memperbaiki pentadbiran syarikat secara berterusan," katanya.

Anugerah CSR Perdana Menteri dilancarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2007 bertujuan untuk mengiktiraf syarikat atau korporat yang telah menyumbang bakti kepada komuniti menerusi program CSR masing-masing.

Sumber : Berita Harian 30/03/2010


Sent from my iPhone

Wednesday 18 September 2013

Khasiat Garam Buluh Ubat Kencing Manis

Siapa berminat boleh email saya untuk tempahan...

Atau hp saya 0133816678

Boleh juga buka blog http://rawatanalternatifgb.blogspot.com/

Banyak yang sudah sembuh hasil rawatan menggunakan garam buluh ini.

Video anda boleh saksikan di sini

http://m.youtube.com/watch?v=OthpZTKVLpA&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DOthpZTKVLpA

Friday 16 August 2013

Article: 10 maut akibat bakteria superbug


10 maut akibat bakteria superbug

KUCHING 16 Ogos - Sebanyak 38 kes berkaitan bakteria kalis antibiotik atau 'superbug' jenis Carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE) dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 31 kes disahkan positif CRE iaitu sama ada dijangkiti secara langsung atau menjadi perumah kepada bakteria tersebut.

"Kesemua kes tersebut dilaporkan di Hospital Sibu dan setakat ini sebanyak 10 kematian telah direkodkan, namun hanya dua daripadanya disahkan berpunca daripada jangkitan terus CRE.

"Empat lagi pesakit yang disahkan positif CRE masih dirawat dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat kegagalan fungsi ginjal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent via Flipboard


Sent from my iPhone

Wednesday 17 July 2013

Rahsia Waktu Solat


 
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Sumber : FB

Sent from my iPhone