Search This Blog

Sunday 30 June 2013

Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia (PAIM)



ASSALAMMUALAIKUM . DI SINI ADMIN MENYATAKAN BAHAWA PAGE 'INI KALILAH GABUNG' ADALAH SAMA DENGAN PERSATUAN ANGKATAN ISLAMIAH MALAYSIA (P.A.I.M)


PENGENALAN:
Pada masa kini, wadah teknologi maklumat adalah merupakan medan penyampaian informasi terkini yang lebih berkesan dan cepat. Justeru, Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia (P.A.I.M) yang ditubuhkan pada 6 Mei, 2013 awalnya di facebook atas nama 'Ini Kali Lah Gabung'.

Sambutan yang amat mengalakkan iaitu melebihi 22,000 penyokong mukabuku ini telah membuat kami mengorak langkah yang lebih serius dengan mendaftarkan ia sebagai pertubuhan NGO.

Ruangan laman blogspot kemudiannya direka bagi membina jaringan komunikasi secara lebih meluas dengan pihak luar. Ianya juga bertujuan memantapkan dan memudahkan lagi proses pendaftaran ahli-ahli P.A.I.M secara online.

Persatuan ini didaftarkan di eRoses pada 22 Mei, 2013 dan mendapat kelulusan rasmi pada 31 Mei 2013 dengan No. Pendaftaran Pertubuhan: PPM-007-05-31052013 (http://www.persatuanangkatanislamiahmalaysia.com/ ).

Laman ini juga berperanan sebagai salah satu alat saluran informasi penyatuan umat Islam dengan tepat, cepat dan efektif. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini juga adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, apa jua bentuk jalinan kerjasama dalam usaha menyatu padukan ummat Islam adalah amat-amat dialu-alukan bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

 

 

 


Matlamat Penubuhan:


Membentuk dan mendidik umat islam untuk bersatu padu demi mengukuhkan kedudukan agama Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Motto:


Satu Syahadah. Satu Kiblat. Satu Ummah


Visi PAIM:


Bertekad untuk menyatupadukan seluruh umat Islam demi kesejahteraan sejagat dan mendapat keredhaan Allah swt,berteraskan Iktikad golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Misi PAIM:


Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam mengenai kepentingan perpaduan melalui cara hidup yang menekankan akhlak mulia, kasih sayang, hidup bersama dan bersatu setia berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Objektif:


1.Memupuk perpaduan di kalangan umat Islam.


2.Menyediakan program ilmiah dan menerapkan kepentingan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan umat Islam.


3.Membentuk umat Islam yang berilmu dan mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


4.Mewujudkan suasana yang mendorong kepada persefahaman di kalangan umat Islam.


5.Memelihara agama Islam, maruah umat Islam dan negara


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment