Search This Blog

Sunday 19 May 2013

Entri 4 : Soal Jawab Agama bab wangian beralkohol solat lewat curang bahan bacaan seks dll

Berikut 7 soalan sahabat pembaca yang mahu tahu jawapan isu di bawah. Jika ada pandangan ulama lebih rajih (tepat) boleh tambah di ruang komen bawah ini.


Salam. Soalan sy lagi seperti berikut :

1. Alkohol dlm minyak wangi boleh di bawa sembahyang atau tidak?
Boleh


2. Pakaian contohnya seluar yg dipakai dan di bawa masuk ke tandas, adakah boleh dipakai ketika dlm solat?
Kalau tak kena najis tak apa


3. Berhutang dan mmg berniat utk membayar hutang tersebut. Cuma masa belum mengizinkan. Jd si pemberi hutang merasakan kita menipu. Tanpa si penghutang mmg berniat utk membayar. Apa pandangan ustaz?

Beritahu hal sebenar.bayar sedikit demi sedikit walau sikit


4. Si gadis pernah bersetuju utk berkahwin dgn si jejaka. Tetapi dlm tempoh perkenalan, si gadis masih lagi berkawan dgn jejaka-jejaka lain. Adakah salah?

Jujur sifat mulia. Elakkan jika mampu. Apa kita buat akan dibalas sama kita buat kepada manusia yang lain


5. Seseorang yg membaca bahan bacaan berunsur seks bertujuan utk kepuasan diri sahaja. Kerana tidak mahu nafsu dilepaskan pada yg bukan halal. Mungkin bahan bacaan tu boleh menhalang perbuatan tersebut. Apa pendapat ustaz?

Elakkan maksiat lebih Utama. Namun antara dua mudarat pilih lebih ringan.



6. Menunaikan solat ketika azan di laungkan adakah boleh?

Tidak mengapa. Elok selepas azan

7. Sy bekerja shift dan ada kalanya saya menunaikan solat agak lewat kerana kekangan masa. Seperti contoh solat maghrib ditunaikan 5-10 min sebelum azan isyak. Bagaimana tu?

Boleh dan sambung solat isyak sebaik masuk waktu.

1 comment:

  1. AsSalam Ustaz, saya nak bertanya kalau seorang muslim boleh mengamalkan yoga untuk tujuan kesihatan?

    Terma kasih.

    ReplyDelete