Search This Blog

Wednesday 15 May 2013

Entri 2 : Soal Jawab Isu Rambut Pendek dan Dilema Bercerai Atau Sebaliknya


Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad rahmat seluruh alam dan keluarga baginda dan sahabat serta ulama pewaris perjuangan.

Sebentar tadi saya baru sahaja menjawab dua soalan tentang rambut pendek atau panjang dan juga bagaimana mahu membuat keputusan antara bercerai atau tidak dengan suami yang curang.

Saya menjawab isu rambut pendek atau panjang dengan memberitahu tidak salah mahu berambut pendek. Namun menurut si penanya beliau risau jika rambut panjang boleh menyebabkan beliau mahu membuka aurat. Maka saya jawab boleh berambut pendek untuk mengelakkan keinginan timbul untuk membuka aurat tersebut.

Soalan kedua tentang adakah patut beliau bercerai atau tidak dengan suaminya yang curang. maka di bawah sedikit jawapan yang saya jawab. Jika ada pandangan lebih baik pembaca budiman boleh memberi komen di bawah dengan menyertakan jawapan dan juga link yang bersesuaian Insya Allah.

Berikut jawapan lengkap saya untuk dikongsi. Butiran penanya dirahsiakan untuk mengelakkan aib kepada mereka.


Soalan pertama :

Salam Ustaz.
Apakah hukum seorang perempuan yg baru mula bertudung berambut pendek? Tujuan nya kerana bimbang kalau berambut pjg dan cantik mcm sebelum nya, niat utk buka semula aurat tu menjadi-jadi.

Jawapan :

Rambut panjang atau pendek tidak menjadi masalah. Jika ia punca kepada kemahuan mahu membuka aurat elok dielakkan berambut panjang. Sifat manusia memang suka memperlihatkan kecantikan. Namun jika disedari bahawa adalah membazir jika dibuka kepada semua orang kecuali suami selain dimurkai oleh Allah maka elok diperlihatkan kecantikan itu kepada suami sahaja dan keluarga yang dibenarkan melihatnya.
Semakin cantik di pandangan suami maka semakin kuat kasih sayang antara pasangan dan ia akan dapat mengelakkan dari berlaku kecurangan akibat kelalaian menjaga maruah. Semua lelaki tidak suka isteri menarik perhatian lelaki lain dan ia sifat semualajadi.
Wallahu A'lam.


Soalan kedua :
 
Assalamualaikum ustaz sy seorg wanita isteri juga ibu pada 2org ank sy guna fb rahsia ni utk lihat aktiviti org ke 3 yg ganggu hdup rumahtangga sy yg hanya brthn 6thn sy telah bercerai dgn suami seminggu yg lalu kerana sy telah menjumpai bks suami sy dgn sorg wanita didlm keretanye. Mmg sy minta di ceraikn kerana sy tidak thn dgn suami yg selalu suka mlyn wanita lain. Tp setelah brpisah dia byk kali merayu utk kembali tetapi sy takut jika sy kembali dia akn kmbali seperti dulu dn sy sengsara tapi bila sy fikir ms depan ank2 yg masih kecil sy jd sukar utk putuskn. Boleh x ustaz bg sy sedikit nasihat dan pendapat.

Wslm.

Jawapan :

Untuk mendapat petunjuk lebih tepat Puan elok solat istikharah. Minta Allah tunjukkan samada elok teruskan atau berpisah dengan suami. Saya fikir jika ada tanda keikhlasan mahu berubah elok difikirkan soal masa depan anak dan puan sendiri. Doakan dan mungkin itu ujian Allah kepada kita. Muhasabah diri dalam masa yang sama bagaimana hubungan kita dengan Allah dan baikilah diri untuk memudahkan Allah menerima doa kita agar suami berubah menjadi suami yang boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment