Search This Blog

Friday 31 May 2013

Konsert Mega Mawlid 2013 Percuma Bersama Habib Syech Asseggaf Malam Ini

As-Salam. Satu jemputan khusus buat semua umat Islam yang mungkin punyai kelapangan, dan khas buat pembaca blog ini ke satu program yang dianjurkan oleh Richwell, yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman.

Saya mewakilkan ingin mengundang anda semua sekeluarga beramai-ramai untuk hadir sebagai salah seorang tetamu untuk Mawlid 2013 - Berqasidah & berselawat bersama Habib Syech Asseggaf pada hari Sabtu (1/6/2013), 8 malam di Stadium Shah Alam. 

Konsert Mega Mawlid 2013 Percuma Bersama Habib Syech Asseggaf

Pesanan dari Dr. Azizan Osman:

Saya juga inginkan sedikit pertolongan semua untuk mewar-warkannya kepada sanak saudara, kerana program ini anjuran kami dibawah badan kebajikan kami Kelab Kebajikan & Rekreasi kakitangan Richworks (RichWell) dengan usahasama Richworks dengan niat untuk mengajak seramai mungkin umat Islam berkumpul bersatu, bersama dan berselawat ke atas Rasulullah saw serta sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan kita semua. Jadi, saya perlukan sedikit bantuan dari semua untuk mewar-warkan program yang terbuka kepada semua ini melalui share promo kami atau sampaikan dan mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda untuk hadir nanti. 
 
Program ini di Stadium Bola Shah Alam ya! Jangan tersalah stadium, ianya bukan di Stadium Melawati.

Bantu saya mengajak lebih ramai umat Islam untuk hadir bersatu, bersama dan berselawat. Dan saya juga percaya Insya-Allah, anak-anak anda akan lebih gembira menghayati maksud lirik qasidah "Ya Hanana" daripada lagu Raihana. 

Mohon bantuan semua untuk share dan semoga usaha kecil ini dilihat sebagai satu usaha kita sama-sama mendapat penyaksian untuk mendapatkan syafaat Rasulullah S.A.W yang besar di sana kelak dan membuka hati kita selepas ini untuk lebih mencintai serta menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Bersama, Bersatu, Berselawat. 

Dr. Azizan Osman

Kepada yang berminat nak hadir tapi tak tahu nak ke sana, boleh rujuk peta yang disediakan (klik sini)

Source dari


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment