Search This Blog

Wednesday 1 February 2017

Kosmo! Online - KKM sahkan caj rawat gigi naik

Kosmo! Online - Negara

KKM sahkan caj rawat gigi naik


NEGARA


PESAKIT yang mendapatkan rawatan pergigian di klinik-klinik kerajaan masih dikenakan kadar caj sedia ada. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) semalam mengesahkan caj rawatan pergigian bakal dinaikkan kepada pesakit kelas dua dan tiga di klinik-klinik kerajaan seluruh negara berkuat kuasa pada 1 Mac depan.

Bagaimanapun, pesakit-pesakit kelas tiga masih dikenakan bayaran pada kadar sedia ada.

Perkara tersebut terkan­dung dalam surat pemberitahuan yang dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan bertarikh 26 Januari lalu.

Mengikut surat pemberitahuan itu, caj perkhidmatan cabut gigi dinaikkan dari RM1 kepada RM15 manakala cuci dan tampalan gigi masing-masing meningkat dari RM2 kepada RM55 dan RM25 sekali gus menyaksikan kenaikan antara RM14 hingga RM53.

Difahamkan kenaikan tersebut sepatutnya berkuat kuasa semalam namun telah ditangguhkan kepada 1 Mac depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) ketika mengulas perkara itu berkata, meskipun berlaku peningkatan kos rawatan gigi, kadar bayaran yang perlu dibayar pesakit di klinik kerajaan adalah tetap sama seperti sedia ada.

"Sebenarnya kadar subsidi yang dinaikkan, bayaran dikenakan kepada pesakit adalah sama iaitu RM2. Klinik dan rawatan harian adalah mengikut caj kelas ketiga," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment