Search This Blog

Friday 10 February 2017

Hukum Kenajisan Bulu Babi dan Tips Mengenalinya


Dalam apa jua keadaan Jumhur ( Ijmak/kesepakatan ) perlu digunakan untuk dijadikan panduan samada oleh Kerajaan atau orang perseorangan.

Dalam hal ini disalin sedikit jawapan oleh portal MUIS yang mungkin boleh dijadikan panduan.

Bayangkan bulu babi digunakan untuk menulis ayat suci atau digunakan anak untuk melukis di sekolah ???

Tips mengenali berus bulu babi boleh dibaca di blog ini http://mannzzgloriaz.blogspot.my/2015/09/cara-membezakan-berus-bulu-babi-dan.html

Tindakan merampas berus bulu babi yang tidak dilabelkan tidak halal adalah disokong demi mengelakkan berus yang najis digunakan.

Semoga isu ini tidak akan berulang kembali dan peniaga akan lebih berjaga-jaga dan menghormati sensiviti umat Islam di negara kita...




(iv)  Hukum Bulu Babi
Fuqaha berbeza pandangan mengenai kenajisan bulu babi.
Pandangan pertama:
Bulu babi adalah najis dan tidak boleh dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan pandangan jumhur Fuqaha. Menurut Mazhab Syafie, apabila bulu babi melekat pada kasut seseorang, ia tidak perlu disucikan kerana terlalu sedikit dan dimaafkan. Kenajisannya dimaafkan jika kasut dan bulu itu kering menurut mazhab Hanafi. Menurut mereka kalau salah satu bahagian basah ketika ia melekat, wajib disucikan tempat melekatnya bulu babi.[7]
Pandangan kedua:
Bulu babi adalah suci. Jika bulu babi digunting atau dicabut ketika babi itu hidup, harus digunakan untuk tujuan  yang bermanfaat seperti membuat berus. Ini kerana bulu bukanlah tempat letaknya nyawa dan mana-mana tempat yang bukan terletaknya nyawa tidak menjadi najis ketika ia masih hidup. Walaupun begitu sunat membasuhnya kerana dikhuatiri bulunya telah terkena najis yang lain.  Adapun apabila bulu babi dicabut setelah ia mati, ia dianggap tidak suci kerana ia telah bercampur antara bulu dan bangkainya. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki.[8]

No comments:

Post a Comment