Search This Blog

Thursday 9 February 2017

AirAsia mohon maaf penerbangan tertangguh dua jam



KHAMIS, 9 FEBRUARI 2017 @ 7:57 PM

AirAsia mohon maaf penerbangan tertangguh 

Oleh Nor Shayaumil Qhairil Eemann 
bhnews@bh.com.my 


AIRASIA A320. 

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memohon maaf kepada penumpang bagi perjalanan ke Kota Bharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), semalam selepas penerbangan tertangguh dua jam. AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata masalah teknikal menyebabkan penerbangan bagi pesawat AK6440 ditangguhkan. 

"Keselamatan penumpang menjadi keutamaan, kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku," katanya. Penerbangan berkenaan sepatutnya berlepas dari klia2 pada jam 4.30 petang, namun kerana masalah berkenaan, pesawat itu hanya berlepas pada jam 6.30 petang. Kejadian yang berlaku itu mengundang rasa tidak puashati penumpang selepas pendingin hawa pesawat dimatikan, namun mereka tidak dibenarkan untuk keluar dari pesawat terbabit sementara masalah teknikal itu diselesaikan. 

Beberapa penumpang yang menghubungi akhbar ini hari ini meluahkan kekecewaan mereka terhadap layanan syarikat penerbangan itu yang disifatkan gagal mengawal situasi dengan baik. Mohd Abdullah Osman, 34, berkata, pada mulanya juruterbang hanya memaklumkan penumpang untuk menunggu 20 minit sahaja di dalam pesawat, namun tempoh itu berlarutan hampir dua jam. 

"Pihak penerbangan sepatutnya perlu memaklumkan dengan jelas tentang kelewatan ini supaya tidak mencemaskan penumpang yang berada dalam pesawat," katanya. 

Seorang lagi penumpang, Maisara Mohammad, 38, berkata kelewatan yang terlalu lama ini menjejaskan kepercayaan penumpang terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit. "Jika ada masalah teknikal, juruterbang boleh memaklumkan kepada penumpang dan kru boleh membawa penumpang keluar dari pesawat ini. "Tetapi kami tidak dibenarkan keluar dan terpaksa berada dalam suasana yang panas, keadaan ini sangat mengecewakan kami," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/246222

No comments:

Post a Comment