Search This Blog

Wednesday 3 July 2013

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Bahaya Rokok Eletronik E-Ciggarate


Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok.

Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan 'rokok tanpa asap'. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok.

Idea untuk mencipta 'rokok elektrik' (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun kerana kekangan teknologi ketika itu, ideanya tidak dapat dijadikan kenyataan. Pada tahun 2003 seorang ahli farmasi di China, Hon Lik telah memperkenalkan idea ini semula dan berjaya menjualnya di pasaran pada tahun 2005.

(rujuk:  "A high-tech approach to getting a nicotine fix". 25 April 2009, Los Angeles Times)

Rokok ini mempunyai bateri kecil bertujuan untuk memanaskan cairan di dalamnya dan mengeluapkan wap (bukan asap). Cecair yang digunakan untuk mengeluarkan wap ialah 'propylene glycol' dan 'glycerin' yang biasa digunakan dalam nebulizer atau inhaler bagi pesakit asthma.

Propylene glycol dan glycerine inilah yang akan menyebabkan nicotine dalam rokok elektrik itu akan meruap ke udara dan disedut semula oleh perokok.

U.S. Food and Drug Administration (USFDA), satu badan yang memantau keselamatan ubat-ubatan di Amerika Syarikat mengesahkan 'propylene glycol' dan glycerine adalah selamat. Namun bahaya e-rokok sebenarnya terletak pada bahan nikotin yang ada dalam rokok  itu.

Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

Bagi perokok tegar, oleh kerana tubuh mereka telah biasa dengan nikotin, keracunan nikotin boleh berlaku apabila kepekatan nicotine dalam darah mencapai 120 mg.

(rujuk: Lockhart LP (1933). "Nicotine poisoning". Br Med J 1 (3762): 246–7).

Untuk mengetahui sama ada e-rokok ini berbahaya pada kesihatan, saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal USFDA  telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere).

Mereka mendapati terdapat bahan 'tobacco-specific nitrosamines' (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan "nicotine-free".

(rujuk: Zezima, Katie (23 July 2009). "Analysis Finds Toxic Substances in Electronic Cigarettes". The New York Times.)

Ini bermakna, kebanyakan pengeluar e-rokok tidak jujur ketika mengeluarkan produk mereka. Apatah lagi belum ada undang-undang dan akta untuk memaksa pengeluar mematuhi panduan yang ditetapkan oleh WHO dan US FDA.  Maka pada July 2009, US FDA telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka 'tidak menggalakkan penggunaan e-rokok'.

(rujuk: FDA (22 July 2009). "FDA and Public Health Experts Warn About Electronic Cigarettes")

Pada March 2009, Jabatan Kesihatan Kanada juga mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan penggunaan e-rokok. Dalam kenyataannya "Walaupun e-rokok ini dijual sebagai alternative yang selamat berbanding dengan rokok biasa, malah disebut sebagai membantu menghentikan tabiat merokok, namun e-rokok ini boleh menyebabkan keracunan nikotine dan ketagihan"

(rujuk; Health Canada (27 March 2009). "Health Canada Advises Canadians Not to Use Electronic Cigarettes". Health Canada advisory)

Pada September 2008, World Health Organization (WHO) pula memberikan kenyataan bahawa " tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok"

Kenyataan ini boleh dilihat di laman web WHO sendiri di:

http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html

Oleh itu, saya sebagai doktor muslim amat meragui keberkesanan e-rokok ini untuk dijadikan rawatan bagi mengurangkan ketagihan merokok. Malah banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa e-rokok mempunyai nicotine, suatu bahan yang bahaya jika diambil berlebihan.

Jadi apakah tujuan penjualan e-rokok ini di pasaran? Di Singapura, penjualan dan pembelian e-rokok walaupun untuk kegunaan persendirian adalah diharamkan (illegal). Kementerian Kesihatan Singapura bimbang, e-rokok bukannya membantu perokok tegar mengurangkan tabiatnya, tetapi menarik perokok baru di kalangan remaja dan wanita.

(rujuk: Janice Heng (20 July 2010). "Ban on new tobacco products". The Straits Times).

Berhati-hatilah dengan e-rokok ini. Baru-baru ini dilaporkan seorang lelaki di Florida USA cedera parah apabila bateri yang ada dalam e-rokok meletup ketika beliau menghisapnya. Letupan itu telah menyebabkan gigi beliau di bahagian hadapan tercabut, luka teruk di hujung lidah dan mukanya cedera teruk.

(rujuk: Conley, Mikaela (15 February 2012). "Man Suffers Severe Injuries After E-Cigarette Explodes in His Mouth". ABC News. Retrieved 16 February 2012.)

Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok dari pandangan Islam dan telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan dan ia adalah amalan yang membazir,   berdasarkan firman Allah swt dalam yang bermaksud: "Dan ia (Allah) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk". (Surah al-A'raf: 157)

Walaupun fatwa ini membincangkan isu 'rokok konvensional' yang mengeluarkan asap, namun sifat e-rokok yang mengandungi nikotine, dan membazir (kerana membeli cairan dalam e-rokok) adalah boleh digunakan sebagai asas kepada pengharaman e-rokok ini.

Malah kajian saintifik yang dilakukan oleh WHO, jelas menolak alasan 'menggunakan e-rokok boleh digunakan sebagai rawatan untuk menghentikan amalan merokok'. Ia tidak berkesan dan merupakan usaha yang sia-sia.

Jika seseorang menggunakan e-rokok untuk meneruskan amalan merokok, ia boleh merosakkan tubuh dan satu perbuatan membazir yang dijelaskan dalam fatwa itu.

Wallahu a'lam.

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Nota) on pada 25hb Januari 2013 pukul 7.03 ptg

1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

 

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

http://drzubaidi.com/blog/?p=2795


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment