Search This Blog

Friday 16 August 2013

Article: 10 maut akibat bakteria superbug


10 maut akibat bakteria superbug

KUCHING 16 Ogos - Sebanyak 38 kes berkaitan bakteria kalis antibiotik atau 'superbug' jenis Carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE) dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 31 kes disahkan positif CRE iaitu sama ada dijangkiti secara langsung atau menjadi perumah kepada bakteria tersebut.

"Kesemua kes tersebut dilaporkan di Hospital Sibu dan setakat ini sebanyak 10 kematian telah direkodkan, namun hanya dua daripadanya disahkan berpunca daripada jangkitan terus CRE.

"Empat lagi pesakit yang disahkan positif CRE masih dirawat dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat kegagalan fungsi ginjal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent via Flipboard


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment