Search This Blog

Wednesday, 1 February 2017

Kosmo! Online - KKM sahkan caj rawat gigi naik

Kosmo! Online - Negara

KKM sahkan caj rawat gigi naik


NEGARA


PESAKIT yang mendapatkan rawatan pergigian di klinik-klinik kerajaan masih dikenakan kadar caj sedia ada. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) semalam mengesahkan caj rawatan pergigian bakal dinaikkan kepada pesakit kelas dua dan tiga di klinik-klinik kerajaan seluruh negara berkuat kuasa pada 1 Mac depan.

Bagaimanapun, pesakit-pesakit kelas tiga masih dikenakan bayaran pada kadar sedia ada.

Perkara tersebut terkan­dung dalam surat pemberitahuan yang dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan bertarikh 26 Januari lalu.

Mengikut surat pemberitahuan itu, caj perkhidmatan cabut gigi dinaikkan dari RM1 kepada RM15 manakala cuci dan tampalan gigi masing-masing meningkat dari RM2 kepada RM55 dan RM25 sekali gus menyaksikan kenaikan antara RM14 hingga RM53.

Difahamkan kenaikan tersebut sepatutnya berkuat kuasa semalam namun telah ditangguhkan kepada 1 Mac depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) ketika mengulas perkara itu berkata, meskipun berlaku peningkatan kos rawatan gigi, kadar bayaran yang perlu dibayar pesakit di klinik kerajaan adalah tetap sama seperti sedia ada.

"Sebenarnya kadar subsidi yang dinaikkan, bayaran dikenakan kepada pesakit adalah sama iaitu RM2. Klinik dan rawatan harian adalah mengikut caj kelas ketiga," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Sent from my iPhone

Pelajar Sekolah Tiru Sepakan Faiz Subri - Mstar


Monday, 30 January 2017

Tokong Bentuk Kubah Masjid Akhirnya Dirobohkan - Utusan Online

Agama - Utusan Online


MPK ROBOH

KLANG 31 Jan. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 9 pagi tadi.


Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.


"Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.


Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid.- UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia : Azarul Dijaga Dalam Gua Masa Hilang 7 Hari #Broga

#Youtube Tips Pujuk Isteri Merajuk - Ustaz Syamsul Debat



Thursday, 16 January 2014

Bagaimana Sihir Mampu Memudaratkan Kita

Lama saya tidak menulis. Mengemaskini facebook twitter dan instagram. Maafkan saya kerana masalah internet menjadi puncanya.

Baru-baru ini saya ingin berkongsi kisah tentang sihir yang menimpa hamba Allah sehingga menjadikannya tidak mampu berjalan seperti biasa.

Kedai terpaksa ditutup berminggu kerana masalah kaki sakit.

Ada hamba Allah yang lain tidak mampu mengangkat tangan seperti biasa.

Ada yang diuji Allah sehingga rebah dalam tandas.

Ini kesan sihir dan bahaya yang boleh menimpa kita.

Punca apabila hati manusia kotor maka kotoran itu menyebabkan mereka memudaratkan manusia lain dengan menggunakan sihir yang tidak lut pada mata biasa.

Elakkan dari meninggalkan amalan wajib dan malas membuat yang sunat.

Paling kurang selawat setiap masa.


Sent from my Sony Xperia™ smartphone