Search This Blog

Friday, 16 August 2013

Article: 10 maut akibat bakteria superbug


10 maut akibat bakteria superbug

KUCHING 16 Ogos - Sebanyak 38 kes berkaitan bakteria kalis antibiotik atau 'superbug' jenis Carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE) dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 31 kes disahkan positif CRE iaitu sama ada dijangkiti secara langsung atau menjadi perumah kepada bakteria tersebut.

"Kesemua kes tersebut dilaporkan di Hospital Sibu dan setakat ini sebanyak 10 kematian telah direkodkan, namun hanya dua daripadanya disahkan berpunca daripada jangkitan terus CRE.

"Empat lagi pesakit yang disahkan positif CRE masih dirawat dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat kegagalan fungsi ginjal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent via Flipboard


Sent from my iPhone

Wednesday, 17 July 2013

Rahsia Waktu Solat


 
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Sumber : FB

Sent from my iPhone

Thursday, 11 July 2013

Derma Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Sempena Ramadhan

 
ورحمة الله وبركاته السلام عليكم
 
 
Tuan/Puan Yang Dihormati & Moga-moga Sentiasa Dirahmati Allah.
 
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN AL MUBARAK 1434H/2013M UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA, MOREH DAN TADARUS AL QURAN DI SURAU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH(MATAN), NILAI.
 
Bersempena Ramadhan Al Mubarak 1434H/2013M  sekali lagi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah(MATAN) seperti pada tahun-tahun lepas menganjurkan Program Ihya' Ramadhan (Penghayatan Ramadhan) bersama guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar dalam jumlah seramai 80 orang.
 
2.         Untuk makluman Tuan/Puan, daripada 65 orang pelajar berdaftar di maahad ini terdapat 5 orang anak yatim, 3 orang pelajar miskin berasal daripada Kemboja dan selebihnya adalah pelajar kategori miskin dan berpendapatan sederhana. Pelajar di sini berumur di antara 13 hingga 19 tahun datang daripada serata negeri di tanahair kita.
 
3.         Bagi mencapai tujuan tersebut di atas, dengan rendah hati MATAN memohon sekiranya Tuan/Puan dapat menaja sebahagaian kos perbelanjaan program yang akan diadakan ini samada berupa wang ringgit, bahan mentah atau makanan yang telah sedia dimasak mengikut kemampuan dan keikhlasan Tuan/Puan.
 
 4.         MATAN juga bersedia menerima jemputan Tuan/Puan sekiranya berhajat untuk menjamu dan meraikan pelajar-pelajar Tahfiz Al Quran An Najihah melalui Majlis Berbuka Puasa yang bakal dianjurkan di sepanjang  Ramadhan ini.
 
5.         Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus kepada pejabat MATAN atau ke akaun rasmi atas nama Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Maybank 555108301296atau PUSAT TAHFIZ AN NAJIHAH Maybank 555108003096
 
6.         MATAN amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sebarang sumbangan yang dihulurkan sempena merebut pahala berlipat kali ganda dan keberkatan yang dijanjikan Alah SWT di Bulan Ramadhan ini.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 BERILMU, BERAMAL & BERTAQWA
 
 
daripada  Hamba Al Haqir Wal Faqir 
 Mohd Zawawi bin Haji Aman
      Pengerusi MATAN
 


- mohon kita bantu sekolah tahfiz ini. 


Sent from my iPhone