Search This Blog

Friday, 10 February 2017

Sepahtu Reunion Final @Youtube


Hukum Kenajisan Bulu Babi dan Tips Mengenalinya


Dalam apa jua keadaan Jumhur ( Ijmak/kesepakatan ) perlu digunakan untuk dijadikan panduan samada oleh Kerajaan atau orang perseorangan.

Dalam hal ini disalin sedikit jawapan oleh portal MUIS yang mungkin boleh dijadikan panduan.

Bayangkan bulu babi digunakan untuk menulis ayat suci atau digunakan anak untuk melukis di sekolah ???

Tips mengenali berus bulu babi boleh dibaca di blog ini http://mannzzgloriaz.blogspot.my/2015/09/cara-membezakan-berus-bulu-babi-dan.html

Tindakan merampas berus bulu babi yang tidak dilabelkan tidak halal adalah disokong demi mengelakkan berus yang najis digunakan.

Semoga isu ini tidak akan berulang kembali dan peniaga akan lebih berjaga-jaga dan menghormati sensiviti umat Islam di negara kita...




(iv)  Hukum Bulu Babi
Fuqaha berbeza pandangan mengenai kenajisan bulu babi.
Pandangan pertama:
Bulu babi adalah najis dan tidak boleh dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan pandangan jumhur Fuqaha. Menurut Mazhab Syafie, apabila bulu babi melekat pada kasut seseorang, ia tidak perlu disucikan kerana terlalu sedikit dan dimaafkan. Kenajisannya dimaafkan jika kasut dan bulu itu kering menurut mazhab Hanafi. Menurut mereka kalau salah satu bahagian basah ketika ia melekat, wajib disucikan tempat melekatnya bulu babi.[7]
Pandangan kedua:
Bulu babi adalah suci. Jika bulu babi digunting atau dicabut ketika babi itu hidup, harus digunakan untuk tujuan  yang bermanfaat seperti membuat berus. Ini kerana bulu bukanlah tempat letaknya nyawa dan mana-mana tempat yang bukan terletaknya nyawa tidak menjadi najis ketika ia masih hidup. Walaupun begitu sunat membasuhnya kerana dikhuatiri bulunya telah terkena najis yang lain.  Adapun apabila bulu babi dicabut setelah ia mati, ia dianggap tidak suci kerana ia telah bercampur antara bulu dan bangkainya. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki.[8]

Pencuri duit Maybank didakwa - KOSMO


Sebahagian daripada 24 orang tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencuri wang milik Maybank Berhad yang ke­semuanya berjumlah RM36 juta tiga tahun lalu.
Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh pe­rempuan berusia antara 23 hingga 62 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara ber­asingan terhadap mereka.
Kesemua tertuduh itu ialah Baharuddin Selamat, 61; Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34; Shafii Ismail, 44; Mohd. Azhar Baharom, 33; Hamsah Selamat, 59; Hairol Azali Mohd. Yusof, 43; Nor Azuan Shafie, 41; Nur Jamaaton Baharuddin, 27; Noraishah Nasarudin, 28; dan Nor Ashikin Nasarudin, 33.
Turut dituduh ialah Noorasmahwati Nasarudin, 37; Salisa Essah, 38; Norsyahira Fazira Hamzah, 23; Norhayati Mohd. Nor, 46; Nasarudin Ali, 62; Zulfieka Fareez Hamsah, 28; Alias Mohamad, 55; Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Hasril Hassan, 43; Mohd. Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39; Mohd. Najib Khamis, 40; Hafiz Dahlan, 37; Mohd. Azmi Md. Ishak, 38, dan Harun Mohd. Yusof, 32.
Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyalahguna wang milik Maybank Berhad berjumlah RM36 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank masing-masing.
Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank 100 di Jalan Tun Pe­rak di sini antara Oktober 2014 dan Januari 2015.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4YH2SaKYR 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 9 February 2017

Jawapan Kepada Pengiraan Minyak Mentah @TonyPua Oleh Menteri KPDNKK


Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak - Hamzah Oleh Osman Lisut dan Mohd Zulkifli Zainuddin bhnews@bh.com.my HAMZAH (kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali 

KUALA LUMPUR: Kabinet akan memutuskan sama ada formula pengiraan harga bahan api perlu didedahkan kepada umum selepas membincangkannya secara mendalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin. Katanya, beliau dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan membawa perkara itu ke Kabinet selepas pihak pembangkang membuat perkiraan sendiri sehingga mengelirukan rakyat. 

Hamzah berkata, kos produk dikira adalah berdasarkan kepada MOPS (Mean of Platts Singapore) untuk petrol RON97, RON95 dan diesel. Katanya, pengiraan yang dibuat Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee baru-baru ini adalah berdasarkan harga minyak mentah. "Harga minyak mentah dengan minyak yang ditapis adalah berbeza. Harga minyak mentah berdasarkan harga pasaran dunia terutama Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC). 

"Kalau kilang penapis terbakar atau sedang diselenggarakan serta ada kakitangan bercuti, akan menyebabkan bekalan terhad sekali gus meningkatkan harga minyak yang ditapis itu. "Walaupun harga minyak mentah turun, tidak semestinya keadaan sama berlaku pada minyak yang ditapis. Saya sebagai menteri yang menjaga pengguna, tidak mungkin saya mahu menyusahkan rakyat, " katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

AirAsia mohon maaf penerbangan tertangguh dua jam



KHAMIS, 9 FEBRUARI 2017 @ 7:57 PM

AirAsia mohon maaf penerbangan tertangguh 

Oleh Nor Shayaumil Qhairil Eemann 
bhnews@bh.com.my 


AIRASIA A320. 

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memohon maaf kepada penumpang bagi perjalanan ke Kota Bharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), semalam selepas penerbangan tertangguh dua jam. AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata masalah teknikal menyebabkan penerbangan bagi pesawat AK6440 ditangguhkan. 

"Keselamatan penumpang menjadi keutamaan, kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku," katanya. Penerbangan berkenaan sepatutnya berlepas dari klia2 pada jam 4.30 petang, namun kerana masalah berkenaan, pesawat itu hanya berlepas pada jam 6.30 petang. Kejadian yang berlaku itu mengundang rasa tidak puashati penumpang selepas pendingin hawa pesawat dimatikan, namun mereka tidak dibenarkan untuk keluar dari pesawat terbabit sementara masalah teknikal itu diselesaikan. 

Beberapa penumpang yang menghubungi akhbar ini hari ini meluahkan kekecewaan mereka terhadap layanan syarikat penerbangan itu yang disifatkan gagal mengawal situasi dengan baik. Mohd Abdullah Osman, 34, berkata, pada mulanya juruterbang hanya memaklumkan penumpang untuk menunggu 20 minit sahaja di dalam pesawat, namun tempoh itu berlarutan hampir dua jam. 

"Pihak penerbangan sepatutnya perlu memaklumkan dengan jelas tentang kelewatan ini supaya tidak mencemaskan penumpang yang berada dalam pesawat," katanya. 

Seorang lagi penumpang, Maisara Mohammad, 38, berkata kelewatan yang terlalu lama ini menjejaskan kepercayaan penumpang terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit. "Jika ada masalah teknikal, juruterbang boleh memaklumkan kepada penumpang dan kru boleh membawa penumpang keluar dari pesawat ini. "Tetapi kami tidak dibenarkan keluar dan terpaksa berada dalam suasana yang panas, keadaan ini sangat mengecewakan kami," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/246222

Wednesday, 8 February 2017

Video Neelofa Mengaji Dengan Ust Tarmizi

Klik untuk lihat video 

https://instagram.com/p/BQMskragRUu/


Alhamdulillah semakin ramai artis berubah dan mendalami agama.

Semoga niat mereka sentiasa ikhlas dari awal tengah dan akhirnya.

Amin.


Sent from my iPhone

Tuesday, 7 February 2017

Mahu bunuh diri, bukan bakar Kaabah | Dunia | Berita Harian

Mahu bunuh diri, bukan bakar Kaabah

MAKKAH.

MANAMA: Pasukan keselamatan di Masjidilharam di Makkah berkata, lelaki yang ditahan berhampiran Kaabah malam tadi cuba membunuh diri dan bukan berniat membakar struktur itu seperti dilaporkan.

Jurucakap pasukan keselamatan, Mejar Sameh Al Salmi, berkata lelaki warga tempatan berusia 40-an itu dilaporkan menyimbah dirinya dengan minyak tanah ketika ditangkap.

"Lelaki itu ditahan sebelum membakar diri dan kelakuannya menunjukkan dia mengalami sakit mental.

"Semua langkah wajar sudah diambil," kata jurucakap dipetik laman berita Sabq.

Laporan terdahulu memetik kenyataan lelaki Arab Saudi, Ghazi Darweesh, yang mendakwa melihat lelaki terbabit mencurah minyak gas di sekeliling Kaabah.

"Ketika saya menunaikan tawaf di sekeliling Kaabah jam 11.40 malam tadi, saya melihat seorang lelaki menuang minyak gas dari sebuah botol di depan Kaabah dan menyebut ungkapan takfir (bertentangan dengan ajaran Islam).

"Saya segera menahannya dan meminta bantuan orang ramai di sekeliling saya. Pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan membawa lelaki itu pergi," katanya. - Agensi

http://www.bharian.com.my/node/245420?m=1


Sent from my iPhone