Search This Blog

Thursday, 6 June 2013

Selamat Menyambut Isra Mikraj 1434 Hijrah



Selamat Menyambut Isra Mikraj 1434 Hijrah 

Pertamanya diucapkan kesyukuran ke hadrat Allah yang memberikan kita peluang menarik nafas menghirup nikmat hidup dalam iman dan percaya kepada Tuhan di negara yang kami sayang dan aman ini.

Nikmat ini membolehkan kita meraikan sebuah peristiwa yang sangat penting di dalam kalendar agama kita di mana peristiwa ini detik permulaan ibadat solat kepada umat.

Detik ini jika tiada berlalu meniti tinta sejarah sudah pasti akan menjadikan hidup kita kosong dari tiang agama bernama solat.

Kepentingan solat sangat hebat sehingga dikira sebagai tiang yang mana boleh runtuh agama kita jika tiang gagal ditegakkan!

Ada orang tidak sedar perkara ini lalu mereka mengambil mudah kewajipan yang berat ini kecuali kepada mereka yang khusyuk di dalam mendirikan solat.

Khusyuk syarat utama solat diterima. Jika gagal dicapai maka tiadalah berguna dahi yang hitam atau janggut yang panjang.

Kerana tanpa bimbingan guru mursyid nescaya mana mampu hati hadir di saat berdiri di hadapan Robbul Jalil.

Selamat meraikan Isra Dan Mikraj dan pastikan 'roh' kita terbang ke langit bertemu Allah ketika menunaikan solat dan dapat 'melihat' Nabi Muhammad ketika melafazkan salam ke atas Nabi Muhammad saw semasa tahiyat.

Salam Isra Mikraj kepada sekalian muslimin dan muslimat.


Artikel ditulis semasa melalui jalan jem di Jalan Tun Razak menuju Highway Maju Express pulang ke rumah.

Sent from my iPhone

Tuesday, 4 June 2013

Hukum Kirim Salam Kepada Nabi Muhammad saw

Berkirim Salam Kepada Junjungan SAW

Telah sampai kepada ese akan perkataan seorang ustaz yang menyalahkan perbuatan sebahagian umat berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui jemaah haji / umrah. Menurut beliau perbuatan tersebut adalah satu amalan yang salah dan menyeleweng, yang tiada sandaran sama sekali daripada para ulama yang muktabar. Allahu … Allah, alangkah baik jika sekiranya kita sebelum mengeluarkan pendapat dan/atau fatwa sedemikian, mentelaah dahulu kitab – kitab turats para ulama. Mungkin juga beliau hanya menelan bulat – bulat fatwa ulama Nejd yang menyalahkan amalan tersebut, tanpa mengambil kira pandangan dan fatwa para ulama lain.

Sebenarnya, tiada kesalahan untuk seseorang menyampaikan salam atau berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui orang lain yang menziarahi makam baginda di kota suci Madinah al-Munawwarah. Qadhi Iyadh al-Yahshubi rahimahullah dalam kitab beliau yang masyhur, "asy-Syifaa` bi ta'riifi huquuqil Musthafa" pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-
"Daripada Yazid bin Abi Sa`id al-Mahriy yang berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin `Abdul `Aziz, ketika hendak pulang, beliau berkata kepadaku: "Aku mempunyai satu hajat daripadamu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi SAW maka ucapkanlah kepada baginda salam daripadaku." Dalam riwayat daripada orang lain dinyatakan bahawa Khalifah `Umar mengutus salamnya kepada Nabi SAW melalui surat yang baginda hantar dari Syam."

Oleh itu, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika amalan berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW ini dibenarkan oleh para ulama kita. Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab "al-Idhah fi manaasikil hajj wal `umrah" pada halaman 453 menyatakan:-
"Kemudian, jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW, maka disampaikannya dengan mengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulanibni fulan" (Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan ) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah" (Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."
Menurut Syaikh `Abdul Fattaah bin Husain bin Ismail bin Muhammad Thayyib Rawah al-Makki (1334H – 1425H) rahimahullah dalam "al-Ifshaah 'ala masaail al-Iidhaah", hukum menyampaikan kiriman salam yang dipesankan seseorang kepada Junjungan Nabi SAW adalah sunnat sahaja kerana tujuan berkirim salam tersebut adalah semata-mata untuk bertabarruk dengan Junjungan Nabi SAW.

Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol "Fadhilat Haji" pada halaman 204 – 205 menyebut:-
" ……., mungkin seorang lain yang telah menyuruh kamu untuk menyampaikan salamnya kepada Rasulullah SAW. Dengan demikian sampaikan salam secara demikian: (Salam ke atasmu ya Rasulullah, daripada orang ini bin orang ini yang memohon syafaatmu dengan Allah bagi pihaknya)

Jika ini menjadi satu kesukaran untuk diucapkan di dalam bahasa Arab, maka lakukanlah di dalam bahasa Urdu atau di dalam bahasamu sendiri. Imam Zurqani (Zarqani) rahmatullah `alaihi berkata: "Jikalau seorang telah meminta kamu menyampaikan salam dan kamu telah menerimanya dan berjanji untuk melakukannya, maka ianya menjadi wajib untuk menyampaikan perutusannya kerana ia adalah seumpama memegang amanah yang diterimai oleh seseorang. Ithaaf menyatakan bahawa daripada kalangan orang – orang dahulu telah menjadi adat sejak beberapa kurun untuk mengutuskan salam mereka kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan orang lain. Sebenarnya setengah pemerintah – pemerintah pernah menghantar satu utusan khas yang bertugas menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW seperti Umar bin Abdul Aziz RA pernah lakukan."
Oleh itu, memfatwakan bahawa amalan berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui seseorang sebagai salah dan menyeleweng adalah fatwa yang gegabah. Ini adalah kerana rata-rata ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jamaah, membenarkannya. Di sisi sebahagian ulama, adalah menjadi kewajipan kepada orang yang dipesan untuk menyampaikan kiriman salam tersebut kepada Junjungan Nabi SAW, manakala sebahagian yang lain hanya menghukumkannya sebagai sunnat sahaja untuk disampaikan kepada Junjungan Nabi SAW. Maka, kita boleh, bahkan digalakkan untuk mengucapkan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW di mana jua kita berada. Ucapan sholawat dan salam kita akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT dan akan disampaikan kepada Junjungan Nabi SAW oleh Allah SWT melalui para malaikatNya, sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa hadits, antaranya hadits yang diriwayat oleh Imam Ahmad RA daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-
إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينِ فِي الأَرْضِ ، يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ
"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang ditugaskan berjalan ke serata pelusuk bumi untuk menyampaikan kepadaku salam umatku."
Dan tiada juga halangan untuk kita mengutuskan salam kita kepada Junjungan Nabi SAW melalui para penziarah yang sejenis dengan kita, iaitu sama-sama keturunan Nabi Adam `alaihis salam, bahkan ianya juga dianjurkan sebagai sarana untuk kita bertabarruk dengan Junjungan Nabi SAW. Namun bagi sesiapa yang tidak mahu beramal dengan amalan berkirim salam ini, maka tidak juga menjadi kesalahan, apa yang menjadi kesalahan ialah sikap suka menyalahkan amalan orang lain tanpa usul periksa. Moga Allah sentiasa memberikan kita taufik dan hidayahNya agar kita tetap atas jalan orang – orang mukmin.

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/06/04/berkirim-salam-kepada-junjungan-saw/


Sent from my iPhone

myMetro | Pendaki Everest meninggal dunia

PUTRAJAYA: Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Kem Induk Everest dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).

Jurucakap kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj manakala seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, mangsa kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan mengenai kematian kakitangan terbabit dalam masa terdekat.

http://www.hmetro.com.my/articles/PendakiEverestmeninggaldunia/Article/

Ustaz ucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa yang bersemangat untuk harumkan nama negara namun ditakdir meninggal dunia dalam menempuh cabaran yang bukan calang antara kita yang mampu melakukannya.

Semangat beliau sangat terpuji dan wajib dicontohi anak muda agar berani melakukan perkara yang hebat dengan perancangan dan latihan yang hebat juga.

Tahniah beberapa orang anak Felda di bawah pimpinan Muqarrabin yang berjaya lakukan misi yang sama.

Paling kurang setahun diperlukan untuk menyiapkan diri mendaki puncak tertinggi dunia tersebut.

Mungkin perlu dikaji juga punca kegagalan samada latihan atau pengalaman agar ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Takziah semoga arwah ditempatkan bersama orang soleh Insya Allah.

Sent from my iPhone

Saturday, 1 June 2013

Belajar Al Quran Online Guna Skype

assalamualaikum wrt wbrakatuh

Saya ingin membuka peluang mempelajari Al Quran secara online bagi mereka yang berminat. Kadar bayaran adalah mengikut kemampuan tanpa ada jumlah tertentu. Masa bergantung kepada kelapangan anda miliki. Hubungi saya di talian 011 26511126 untuk maklumat lanjut. 

Waktu belajar jam 930 malam - 11.00 malam setiap hari kecuali Selasa malam Rabu. Jika mendapat sambutan memberangsangkan ia akan dipanjangkan waktunya. Hujung minggu mengikut waktu yang akan diumumkan dari semasa ke semasa di twitter dan facebook saya atas nama @Muhammadzulnun untuk twitter dan FB akaun nama : Muhammad Zulnun Othman,

Untuk menyumbang bagi program ini berjalan lancar selain media baru untuk interaksi dua hala bab agama, anda boleh gunakan akaun Maybank atas nama Muhammad Zulnun Othman b Ab Rahim 162085410829. 

#MegaMawlid2013 Sufilive Youtube live streaming on Livesearch.tv

Sebar link ini untuk sedara kita yang berminat tetapi tidak dapat ke sana

http://www.livesearch.tv/watchtube/sufilive/T1qxKVo8ANg/ylive.html

Cinta Rasul kita akan satu hati bawa rahmat jana ukhwah semua sahabat seakidah seperjalanan.


Sent from my iPhone