Search This Blog

Wednesday 17 July 2013

Rahsia Waktu Solat


 
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Sumber : FB

Sent from my iPhone

Thursday 11 July 2013

Derma Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Sempena Ramadhan

 
ورحمة الله وبركاته السلام عليكم
 
 
Tuan/Puan Yang Dihormati & Moga-moga Sentiasa Dirahmati Allah.
 
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN AL MUBARAK 1434H/2013M UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA, MOREH DAN TADARUS AL QURAN DI SURAU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH(MATAN), NILAI.
 
Bersempena Ramadhan Al Mubarak 1434H/2013M  sekali lagi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah(MATAN) seperti pada tahun-tahun lepas menganjurkan Program Ihya' Ramadhan (Penghayatan Ramadhan) bersama guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar dalam jumlah seramai 80 orang.
 
2.         Untuk makluman Tuan/Puan, daripada 65 orang pelajar berdaftar di maahad ini terdapat 5 orang anak yatim, 3 orang pelajar miskin berasal daripada Kemboja dan selebihnya adalah pelajar kategori miskin dan berpendapatan sederhana. Pelajar di sini berumur di antara 13 hingga 19 tahun datang daripada serata negeri di tanahair kita.
 
3.         Bagi mencapai tujuan tersebut di atas, dengan rendah hati MATAN memohon sekiranya Tuan/Puan dapat menaja sebahagaian kos perbelanjaan program yang akan diadakan ini samada berupa wang ringgit, bahan mentah atau makanan yang telah sedia dimasak mengikut kemampuan dan keikhlasan Tuan/Puan.
 
 4.         MATAN juga bersedia menerima jemputan Tuan/Puan sekiranya berhajat untuk menjamu dan meraikan pelajar-pelajar Tahfiz Al Quran An Najihah melalui Majlis Berbuka Puasa yang bakal dianjurkan di sepanjang  Ramadhan ini.
 
5.         Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus kepada pejabat MATAN atau ke akaun rasmi atas nama Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Maybank 555108301296atau PUSAT TAHFIZ AN NAJIHAH Maybank 555108003096
 
6.         MATAN amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sebarang sumbangan yang dihulurkan sempena merebut pahala berlipat kali ganda dan keberkatan yang dijanjikan Alah SWT di Bulan Ramadhan ini.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 BERILMU, BERAMAL & BERTAQWA
 
 
daripada  Hamba Al Haqir Wal Faqir 
 Mohd Zawawi bin Haji Aman
      Pengerusi MATAN
 


- mohon kita bantu sekolah tahfiz ini. 


Sent from my iPhone

Saturday 6 July 2013

Tausiyah Ulama Cara Untuk Mempertahankan Akidah Ahli Sunnah & Jamaah

Petikan dari buku :

PAIM Web| Peneraju Islam Sejagat: Kadar Zakat Fitrah Tahun 2013/1434H Seluruh Malaysia

As-Salam. Sukacita berkongsi makluman mengenai kadar zakat fitrah seluruh Malaysia bagi tahun 2013 Miladiah bersamaan 1434 Hijriah. Kadar zakat fitrah pada tahun ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas, dengan kebanyakkan pihak berkuasa Agama negeri masing-masing mengekalkan nilai kadar sebelumnya.

Kadar dan cara penetapan ini adalah selaras dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003.

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2013/1434H Seluruh Malaysia

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg. 

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras 'Vietnam White Rice' bagi negeri Sabah dan 'Thai White Rice' bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.50 

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam yang berkemampuan tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu. Zakat itu bererti suci, bersih, berkat, bertambah dan subur. Membayar zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam yang menepati syarat-syarat berikut:

Syarat Wajib Bayar Zakat Fitrah


  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 

Semoga bermanfaat.

http://www.persatuanangkatanislamiahmalaysia.com/2013/07/kadar-zakat-fitrah-tahun-20131434h.html?m=1


Sent from my iPhone

Wednesday 3 July 2013

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Bahaya Rokok Eletronik E-Ciggarate


Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok.

Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan 'rokok tanpa asap'. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok.

Idea untuk mencipta 'rokok elektrik' (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun kerana kekangan teknologi ketika itu, ideanya tidak dapat dijadikan kenyataan. Pada tahun 2003 seorang ahli farmasi di China, Hon Lik telah memperkenalkan idea ini semula dan berjaya menjualnya di pasaran pada tahun 2005.

(rujuk:  "A high-tech approach to getting a nicotine fix". 25 April 2009, Los Angeles Times)

Rokok ini mempunyai bateri kecil bertujuan untuk memanaskan cairan di dalamnya dan mengeluapkan wap (bukan asap). Cecair yang digunakan untuk mengeluarkan wap ialah 'propylene glycol' dan 'glycerin' yang biasa digunakan dalam nebulizer atau inhaler bagi pesakit asthma.

Propylene glycol dan glycerine inilah yang akan menyebabkan nicotine dalam rokok elektrik itu akan meruap ke udara dan disedut semula oleh perokok.

U.S. Food and Drug Administration (USFDA), satu badan yang memantau keselamatan ubat-ubatan di Amerika Syarikat mengesahkan 'propylene glycol' dan glycerine adalah selamat. Namun bahaya e-rokok sebenarnya terletak pada bahan nikotin yang ada dalam rokok  itu.

Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

Bagi perokok tegar, oleh kerana tubuh mereka telah biasa dengan nikotin, keracunan nikotin boleh berlaku apabila kepekatan nicotine dalam darah mencapai 120 mg.

(rujuk: Lockhart LP (1933). "Nicotine poisoning". Br Med J 1 (3762): 246–7).

Untuk mengetahui sama ada e-rokok ini berbahaya pada kesihatan, saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal USFDA  telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere).

Mereka mendapati terdapat bahan 'tobacco-specific nitrosamines' (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan "nicotine-free".

(rujuk: Zezima, Katie (23 July 2009). "Analysis Finds Toxic Substances in Electronic Cigarettes". The New York Times.)

Ini bermakna, kebanyakan pengeluar e-rokok tidak jujur ketika mengeluarkan produk mereka. Apatah lagi belum ada undang-undang dan akta untuk memaksa pengeluar mematuhi panduan yang ditetapkan oleh WHO dan US FDA.  Maka pada July 2009, US FDA telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka 'tidak menggalakkan penggunaan e-rokok'.

(rujuk: FDA (22 July 2009). "FDA and Public Health Experts Warn About Electronic Cigarettes")

Pada March 2009, Jabatan Kesihatan Kanada juga mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan penggunaan e-rokok. Dalam kenyataannya "Walaupun e-rokok ini dijual sebagai alternative yang selamat berbanding dengan rokok biasa, malah disebut sebagai membantu menghentikan tabiat merokok, namun e-rokok ini boleh menyebabkan keracunan nikotine dan ketagihan"

(rujuk; Health Canada (27 March 2009). "Health Canada Advises Canadians Not to Use Electronic Cigarettes". Health Canada advisory)

Pada September 2008, World Health Organization (WHO) pula memberikan kenyataan bahawa " tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok"

Kenyataan ini boleh dilihat di laman web WHO sendiri di:

http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html

Oleh itu, saya sebagai doktor muslim amat meragui keberkesanan e-rokok ini untuk dijadikan rawatan bagi mengurangkan ketagihan merokok. Malah banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa e-rokok mempunyai nicotine, suatu bahan yang bahaya jika diambil berlebihan.

Jadi apakah tujuan penjualan e-rokok ini di pasaran? Di Singapura, penjualan dan pembelian e-rokok walaupun untuk kegunaan persendirian adalah diharamkan (illegal). Kementerian Kesihatan Singapura bimbang, e-rokok bukannya membantu perokok tegar mengurangkan tabiatnya, tetapi menarik perokok baru di kalangan remaja dan wanita.

(rujuk: Janice Heng (20 July 2010). "Ban on new tobacco products". The Straits Times).

Berhati-hatilah dengan e-rokok ini. Baru-baru ini dilaporkan seorang lelaki di Florida USA cedera parah apabila bateri yang ada dalam e-rokok meletup ketika beliau menghisapnya. Letupan itu telah menyebabkan gigi beliau di bahagian hadapan tercabut, luka teruk di hujung lidah dan mukanya cedera teruk.

(rujuk: Conley, Mikaela (15 February 2012). "Man Suffers Severe Injuries After E-Cigarette Explodes in His Mouth". ABC News. Retrieved 16 February 2012.)

Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok dari pandangan Islam dan telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan dan ia adalah amalan yang membazir,   berdasarkan firman Allah swt dalam yang bermaksud: "Dan ia (Allah) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk". (Surah al-A'raf: 157)

Walaupun fatwa ini membincangkan isu 'rokok konvensional' yang mengeluarkan asap, namun sifat e-rokok yang mengandungi nikotine, dan membazir (kerana membeli cairan dalam e-rokok) adalah boleh digunakan sebagai asas kepada pengharaman e-rokok ini.

Malah kajian saintifik yang dilakukan oleh WHO, jelas menolak alasan 'menggunakan e-rokok boleh digunakan sebagai rawatan untuk menghentikan amalan merokok'. Ia tidak berkesan dan merupakan usaha yang sia-sia.

Jika seseorang menggunakan e-rokok untuk meneruskan amalan merokok, ia boleh merosakkan tubuh dan satu perbuatan membazir yang dijelaskan dalam fatwa itu.

Wallahu a'lam.

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Nota) on pada 25hb Januari 2013 pukul 7.03 ptg

1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

 

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

http://drzubaidi.com/blog/?p=2795


Sent from my iPhone

New Technology Makes Cars Safer, Easier to Drive

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/GBJORr0_A3U


Sent from my iPhone

Egypt Turmoil Grows, Deadline Approaches - YouTube

Harap rakyat Malaysia tidak akan melakukan tunjuk perasaan jalanan kerana ia boleh membawa mudarat kepada keamanan.

Ramai sudah terbunuh akibat tunjuk perasaan dan malang bagi keluarga mangsa yang terbunuh kerana mereka kehilangan ahli keluarga yang mustahil mampu dihidupkan kembali.

Mari kita doa agar Allah selamatkan negara kita Insya Allah.

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/7cYP3mAhkL8


Sent from my iPhone

Tiga terbunuh tebing runtuh di Ukay Perdana

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/8nVKbGNaJXo


Sent from my iPhone